COVID 19 DI MALAYSIA
Apakah Coronavirus?
Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19). Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.
Bagaimanakah coronavirus 2019 (COVID-19) merebak?
Cara penularan Coronavirus (COVID-19) masih belum dikenalpasti. Walau bagaimanapun jangkitan daripada manusia kepada manusia yang lain telah disahkan berlaku. KKM kini sedang mengawasi perkembangan jangkitan ini dan situasi sentiasa berubah dan akan mengemaskini maklumat penyakit ini dalam laman sesawang KKM dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kebersihan diri yang baik.
Sekiranya saya memakai penutup mulut dan hidung surgical atau N95, adakah ianya membantu untuk mengurangkan penularan COVID-19?
Pemakaian penutup mulut dan hidung surgical atau 3-ply face mask adalah disyorkan kerana ia membantu mengurangkan penyebaran virus dan lebih praktikal untuk digunakan oleh orang awam. Ia bagi menghalang pendedahan orang lain kepada titisan dan percikan air liur orang yang memakai penutup mulut dan hidung ini. Namun penutup mulut dan hidung N95 tidak disyorkan kerana ia lebih ketat dan boleh menyebabkan pemakainya berasa sukar untuk bernafas. Ia lebih sesuai digunapakai oleh anggota kesihatan yang mengendalikan pesakit di fasiliti kesihatan.
Apakah langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19?
Pengembara ke negara China dan selepas pulang ke Malaysia adalah diingatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut:
• Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
• Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu semasa dalam tempoh lawatan;
• Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan manamana individu yang bergejala semasa dalam tempoh lawatan;
• Elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan semasa dalam tempoh lawatan; dan
• Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna semasa dalam tempoh lawatan.
Simtom Coronavirus Covid-19
- Batuk
- Selsema
- Demam panas
- Sakit tekak
- Sesak nafas
Apakah tindakan KKM dalam mencegah dan mengawal penularan penyakit COVID-19 ini?
KKM telah memantau situasi wabak jangkitan COVID-19 ini secara harian melalui sumbersumber yang sahih sejak 10 Januari 2020, di samping menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
Membuka Bilik Gerakan COVID-19.
Menyediakan dan mengeluarkan kenyataan akhbar memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi terkini wabak ini.
Membuat saringan gejala di pintu-pintu masuk antarabangsa Malaysia.
Membuat saringan gejala di fasiliti kesihatan, membuat rujukan dan isolasi kes di hospitalhospital terpilih.
Menjalankan pemantauan kontak di rumah atau tempat-tempat pengasingan yang termaktub dalam Perintah Pemantauan dan Pengasingan.
Meningkatkan kapasiti isolasi di hospital.
Memantapkan kapabiliti makmal dalam menjalankan ujian pengesanan virus novel ini.
Menjalankan latihan kepada kakitangan kesihatan khususnya penggunaan alat pelindung diri (PPE) yang betul.
Memastikan stockpile PPE dan ubat-ubatan bagi merawat gejala dan komplikasi mencukupi.
Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jangkitan virus nCoV ini melalui media sosial dan media cetak.
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MALAYSIA 2020
Tarikh 18 Mac 2020 - 31 Disember 2020 (Tentatif)
(5 bulan dan 13 hari)
Fasa 1 :
18 Mac - 31 Mac 2020
Fasa 2 :
1 April - 14 April 2020
Fasa 3 :
15 April - 28 April 2020
Fasa 4 :
29 April - 12 Mei 2020
Fasa 5 (PKPB) :
13 Mei - 9 Jun 2020
Fasa 6 (PKPP) :
10 Jun - 31 Ogos 2020
Fasa 7 (PKPP) :
1 September - 31 Disember 2020
BERSAMA-SAMA KITA CEGAH COVID-19
SEMOGA BERMANFAAT 😉
Ulasan
Catat Ulasan